MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Ahad, Ogos 23, 2009

Tetamu Dari UPSI Temui Saya Di Hari Puasa Ke 2


Pagi Ahad, puasa hari ke dua, saya menerima kunjungan tetamu dari 10 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Mereka ialah Mohamad Fadhli, Nurul Nisahanis, Robihah, Azwin, Nurulasikin, Nur Atiqah, Noor Diyanah, Nur Ain, Siti Nor Adzlia, Muhd Anwar Saifuddin. Muslim dari UITM Permatang Pauh turut membantu perjalanan mereka.

Saya terharu kerana kedatangan mereka dari Tanjong Malim semata-mata untuk mendalami bidang kesenian warisan ghazal parti dari utara. Disamping itu saya juga memberi penerangan mengenai seni warisan boria yang berasal dari Pulau Pinang. Dari pengakuan mereka, saya yakin yang kesemuanya benar-benar meminati seni warisan ini dan tidak mahu ianya tercemar dengan arus kemodenan. Ini menidakkan tanggapan saya selama ini kerana merasakan generasi muda kurang meminati kesenian warisan di negara kita.

Semoga bakal-bakal pendidik ini akan membantu generasi akan datang untuk menyambung dan melestarikan segala seni dan warisan di negara kita supaya ianya tetap terpelihara. Salam kepada Puan Kalsum binti Umar, Pensyarah Kursus Budaya dan Warisan Nasional UPSI.

1 ulasan:

  1. Salam Mamu Omara, Salam Ramadhan..Semoga kita beroleh kesejahteraan dan rahmat berganda-ganda atas keikhlasan kita sempena bulan antara seribu bulan ini.

    Mamu, saya Pn Kalsum Bt Umar, Pensyarah Kursus Budaya dan Warisan Nasional, Jabatan Pengajian Malaysia, UPSI, ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga, kerana sudi menerima kunjungan 10 orang pelajar saya untuk bertemu dengan mamu bagi mendalami seni warisan Ghazal Parti di Pulau Pinang. Kesudian Mamu untuk berjumpa dengan mereka, sekurang-kurangnya memberi pengetahuan secara "live" kepada mereka tentang seni dan warisan budaya kita yang mungkin selama ini tidak mereka ketahui.

    Banyak yang saya dengar tentang Mamu, dan apabila saya berkesempatan untuk menjadi pensyarah di sini dan mengajar kursus yang sangat dekat dalam hati saya ini, saya mengambil kesempatan dengan memperkenalkan tokoh2 budaya dan warisan seperti Mamu kepada pelajar2 saya..melalui tugasan yang saya berikan dengan harapan mereka akan mengetahui secara tuntas tentang satu-satu seni warisan budaya kita di samping mengenali tokoh2 budaya itu sendiri secara lebih dekat. Ramai pelajar saya yang bertebaran di muka bumi ini berjumpa dengan tokoh-tokoh seni budaya dan warisan seperti Mamu dan masing-masing mendalami ilmu yang tertentu. Antaranya, di Terengganu bjmp dengan Hj Wan Su Othman(pengukir negara), Tan Sri Aziz Tapa di Melaka(Budayawan Negara), Abd. Mazin Jamil(pembuat Keris tradisi), Roslan Madun(tokoh lagu rakyat) dan banyak lagi.

    Semoga dengan kehadiran tokoh seperti Mamu dan sahabat-sahabat Mamu ini yang memperjuangkan seni budaya dan warisan akan menjadi lantera kepada kami generasi baru untuk mendalami dan menghayati apa itu seni budaya dan warisan eterusnya dapat melestarikan ia agar tidak hilang di balik arus kemodenan.

    Mamu, sebaris kata-kata yang Mamu kirimkan kepada saya, sesungguhnya ia adalah sejuta semangat kepada saya untuk terus memartabatkan dan melestarikan seni budaya dan warisan yang kaya di negara kita.

    Semoga mereka, pelajar saya mendapat manfaat daripada pertemuan bersama Mamu dalam bulan yang serba baik ini dan menjadikan mereka orang yang bersama kita untuk melestarikan seni budaya dan warisan ini.InsyaAllah..

    Semoga Mamu Omara sentiasa berada di bawah lembayung Rahmat Allah..agar kita sama-sama masih dapat mengembalikan kegemilangan seni budaya dan warisan ini di mata generasi muda. InsyaAllah.

    Sekian. Salam Takzim dari saya.

    Kalsum Binti Umar
    Jabatan Pengajian Malaysia
    Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
    UPSI, Tg. Malim
    Perak.

    BalasPadam