
MIMPI KE BINTANG TV2
Dokumentari Tv Kisaah Omara
Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya
Ke Pulau Pinang
Rabu, Oktober 26, 2011
Ahad, Oktober 23, 2011
Selamat Hari Lahir buat Anak Anakku...
Jumaat, Oktober 21, 2011
Khamis, Oktober 20, 2011
Selasa, Oktober 18, 2011
A. Rahim Muda (Imuda) dan Omar Hashim (Omara)









Melukis sejak muda lagi. Selepas tamat SPM pada tahun 1978, dia bekerja di United Books Company, sebuah syarikat yang agak dikenali ketika itu di Pulau Pinang. Imuda pernah bekerja di kilang gula di Perai.
Tahun 1989, Hafsham menghasilkan sitcom 2 + 1. Imuda memegang watak sebagai Sam, seorang lelaki lembut. Kerana mendapat keritikan, siri tersebut hanya bertahan selama 3 tahun sahaja, berbanding dengan Pi Mai Pi Mai Tang Tu selama 14 tahun.
Dalam pada itu, Imuda terus menerima tawaran berlakon untuk filem, antaranya Balik Kampung, Kembara Seniman Jalanan, Hati Bukan Kristal, Mat Som (diadaptasikan daripada karya Lat ), Mat Gelap, Imigran dan Jutawan Fakir. Sehingga kini Imuda masih lagi aktif sebagai pelukis dan pelakon, di samping aktiviti-aktiviti seni yang lain.
Tahun 1992 juga, menyaksikan Imuda mendapat anugerah sebagai Pelakon Pembantu Terbaik dan kemudiannya Pelakon Komedi Popular pada tahun 1993. Dan pada tahun 1993 juga, Imuda meninggalkan Dewan Bahasa dan Pustaka selepas berkhidmat selama 15 tahun, untuk menumpukan perhatian dalam bidang lakonan.
Di samping itu, beliau terus melukis kartun, samada di rumah ataupun di masa-masa terluang.
Jumaat, Oktober 07, 2011
Saloma Yang Ku Kenal


Bukan saja P. Ramlee, Saloma juga tiada pengantinya hingga ke hari ini. Mendengarkan kembali lagu-lagu nyanyiannya saya dapati lain dari yang lain. Saloma tetap Saloma. Keunikan suaranya memang tersendiri.Syeikh Ali. Sebab rumah itu adalah rumah Syeikh Ali.
Pada tahun 1954, dalam usia 19 tahun, Saloma ditawarkan merakamkan lagu dengan syarikat piring hitam HMV dengan lagu " Pandang Kasih" ciptaan En.Rahmat Ali telah menjulang nama saloma ke mercu kejayaan.
Selasa, Oktober 04, 2011
De Westerlies dan De Latinos Juara Kugiran

Pertandingan pemuzik berkumpulan (band) terbitan RTM telah diterbitkan sekitar tahun 70-an menerusi pertandingan Juara Kugiran. Selama hampir empat tahun pertandingan ini diterbitkan, RTM berjaya melahirkan kumpulan-kumpulan berbakat pada masa itu seperti Kumpulan Titiwangsa, De Westerlies, The Rezas, The Breeze, The Burglars, The Zurah, Suara Kilat, Teruna Ria dan The Wanderes.
Dalam tahun 70an, Ada dua band atau kumpulan yang menjadi kebanggaan saya sebagai anak Pulau Pinang. Yang saya maksudkan ialah Kumpulan De Westerlies dan De Latinos. Westerlies dari Butterworth dan Latinos pula dari Pulau Pinang.![]() |
| Gambar: Z. Mohammad semasa berkunjung ke rumah saya nombor 5 dari kiri (sebelah saya) iaitu vokalis De Latinos yang dikenali juga dengan nama Zain Mohammad. |
![]() |
| Z. Mohammad bersama saya (terbaru) Disember 2011 |
Isnin, September 26, 2011
Jadi Juri atau Pengadil




Alhamdullilah. Saya kerap juga diundang untuk menjadi juri atau pengadil sesuatu pertandingan yang diadakan.
Antaranya, Nyanyian, Nasyid, Boria, Puisi, Seni dan sebagainya.
Sebenarnya saya sendiri kurang selesa bila dilantik sebagai juri atau pengadil kerana tidak dapat memuaskan kesemua peserta. Kalah menang mesti ada yang tidak puas hati. Tapi jika orang jemput, saya terima dan ada juga yang saya tolak. Jika tak jemput pun tak mengapa. Lebih baik saya jadi penonton saja.
Dalam pertandingan boria, saya pernah diundang jadi pengadil hingga ke Selangor dan Kuala Lumpur. Yang lain-lain tu di negeri negeri sebelah utara saja.
Tetap bersyukur kepada Allah, kerana semuanya adalah pemberiannya.
Berita Hiburan Tulisan Saya di akhbar Mingguan Malaysia 1974
Khamis, September 22, 2011
Kenangan Zaman Penulisan Puisi ketika remaja




Masa remaja, zaman menulis puisi. Karya karya saya dalam bentuk sajak banyak dihasilkan dan telah tersiar di Radio, Tv, Majallah dan Surat Khabar.
Sebahagian yang pernah disiarkan saya paparkan di sini sebagai kenang-kenangan.
Sekarang ni dah berubah bidang, idea nak tulis sajak dah kurang. Kenangan beratus-ratus sajak karya saya ada dalam dua buah buku yang saya tulis dan simpan sendiri hingga sekarang.
Pada mulanya saya bergiat sendiri. Kemudian menyertai Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang iaitu 2PNP dan pernah dilantik menjadi Ahlijawatankuasa di peringkat awalnya.
Antara Majalah yang pernah siar sajak saya ialah; Majallah Filem, Sinar Zaman, Gema RTM, Dian dan beberapa buah lagi (dah terlupa).
Antara Akhbar pula ialah Berita Minggu, Balai Muhibbah dan ada lagi juga tak dapat diingat. Karya di Radio yang disampai melalui deklamasi pula ialah Radio Malaysia Pulau Pinang, Radio Malaysia Ipoh, Radio Malaysia Melaka, Radio Malaysia lain lain lagi.
Yang paling tak dapat dilupakan ialah pernah tersiar di Tv1 sebanyak dua kali dalam rancangan Majalah Tv. Pertama berjodol 'Mentari dan Bumi' (1971) dan kedua '13 September di Sungai Kerian' (1971).
Rabu, September 14, 2011
Khamis, Ogos 25, 2011
Menerbit dan Mengeluarkan Album Untukmu Hijau Kuning dan Hijau Kuning Raya Sakan
Penghujung tahun 1990 rakan sekampung saya A. Osman datang ke rumah membawa gitar sambil menyanyikan lagu lagu ciptaannya sendiri. Saya tertarik hati lalu rakamkan lagu lagu itu ke dalam kasset dan saya berhasrat hendak terbitkan album. Saya hubungi M. Shariff melalui telefon dan perdengarkan lagu lagu itu, M. Shariff kata memang baik kalau dijadikan album dan dicampur dengan lagu lagu saduran dari filem hindi.
Akhirnya saya cari modal, dan bermulalah sejarah saya sebagai penerbit dan pengeluar album ketika itu yang diberinama Omara Production. Lagu lagu A. Osman yang saya pilih ialah Maidin Gelap, Jodoh Depa, dan Chombi Abang Sayang . Lain lain ciptaan M. Shariff dan lagu saduran. Kebanyakkan irik saya tulis sendiri.
Susunan muzik M. Shariff. Pemuzik - Sugito, Kg Tan dan M. Shariff sendiri dengan bantuan The Zurah II. Jururakam -
Ismail dan Thana. Adun Akhir - Mr. Teh dari Studio Channel II Kuala Lumpur.
Album yang saya terbit dan diedarkan sendiri ini tak sangka 'meletup' di pasaran dan terjual sehingga melebihi 200,000 unit. Sehingga kini lagu lagu dari album ini diminati ramai walaupun telah berlalu lebih duapuluh tahun.
Latar belakang penyanyi:
M. SHARIFF
M. Shariff dilahirkan di Ipoh, Perak. Nama asalnya ialah Shariff bin Awang. Beliau mula berkecimpung dalam bidang muzik semenjak di bangku sekolah lagi.
Pada tahun 1970, beliau merakam buat kali pertama dengan kumpulan The Zurah untuk empat buah lagu Inggeris dalam satu EP. Kemudian, beliau merakam dalam bahasa Melayu dengan lagu Keindahan Pantai (lagu asal: Suddenly She Loves Me persembahan The Tremeloes) keluaran M. Shariff's Scope milik beliau sendiri pada tahun yang sama. M. Shariff juga banyak merakam dengan syarikat MMI/Royal, kebanyakannya lagu-lagu saduran Hindi. Untuk tujuan ini, beliau juga sempat ke India dan berguru dengan komposer terkenal Shankar Jaikisha
n bagi memantapkan lagi persembahannya.
PIEE
Pie atau Shafiee Jaafar, amat terkenal dengan jenaka loyar buruk. Pie akan menggunakan suku kata yang sama ketika berlawak atau berlakun sketsa boria. Gara-gara loyar buruk itulah, kumpulan Boria Sungai Pinang, Pulau Pinang yang dianggotai Pie berjaya menjadi juara Pertandingan Dendang Rakyat anjuran RTM selama tujuh tahun berturut-turut pada awal 1980-an. Sebelum menyertai kumpulan boria, Pie lebih dikenali sebagai penyanyi dengan pancaragam Gurindam Hiburan Parti, Sungai Petani, Kedah.
Kumpulan tersebut sering mengadakan persembahan pada majlis kenduri kahwin. Antara lagu yang sering didendangkan ialah Di Manakan Ku Cari Ganti kerana lagu itu mempunyai maksud yang mendalam pada dirinya.
Pak Pie yang pernah berlakon filem Anak Mami, Mami Jarum, Anak Mami, dan Nana Tanjung berkata, sewaktu zaman kemasyhuran Boria Sungai Pinang, dia pernah diundang oleh sebuah universiti untuk mengajar teknik berlawak.
Pak Pie boleh balas secara spontan. Begitu juga bila bergandingan den
gan Pak Maidin. Pak Pie mula kenal dengan Pak Maidin pada tahun 1963.
MAIDIN
Maidin pula dilahirkan di Sungai Puyu, Butterworth. Asalnya Maidin berlawak dengan kumpulan Ghazal Parti di Seberang Perai.
Nama : Maidin Bin Ibrahim
Nama Komersial : Maidin
Tarikh Lahir : 24 April 1941
Antara Drama Lakonan : Tiga Serumah dan banyak lagi
Antara Filem Lakonan :Mami Jarum

Maidin pernah berlawak dengan Din Korea. Kemudian menyertai kumpulan lawak Mohd. Noh B.A. bersama sama dengan Cikgu Mohd. Noh dan Toran Senapi. Pernah memenangi Juara pertandingan Bakat Tv di RTM tahun 80an dulu dengan Kumpulan Hassan Putu Mayong bersama sama dengan Hassan Putu Mayong dan Din Kachong.
Isnin, Ogos 22, 2011
Rakan Seperjuanganku Azizi Hj. Abdullah meninggal dunia
Pagi 21 Ogos 2011 saya terima telefon dari sahabat saya Arzaman Sulaiman beritahu rakan seperjuangan saya dibidang penulisan Sdra Azizi Hj. Abdullah telah meninggal dunia. Saya cuba mengesahkan berita tersebut dengan menantunya Jibran Khalil melalui telefon. Setelah tulis sedikit catatan di Facebook, saya dengan adik saya Yusof Hashim bergegas pergi ke rumah arwah di Taman Bersatu, Kulim Kedah untuk menziarahi jenazahnya.
Ramai kawan-kawan penulis dah sampai awal. Ada juga yang sampai kemudian. Saya dan Yusof ada di sepanjang waktu sehingga jenazahnya dibawa keluar untuk disemadikan di masjid yang berdekatan.
Kami dah kenal lama dengan Ustaz Azizi, sasterawan dan penulis yang tidak asing lagi ini sejak dari akhbar Bintang Timur. Saya juga terlibat membuat 'layout' dan menyusun beberapa buku dan novel yang dikeluarkan oleh Azizi. Azizi juga pernah minta saya semak ejaan dan apa apa yang tertinggal dalam beberapa buah bukunya sedikit masa dulu.
Antaranya saya terlibat dalam novel SURIATI yang dicetak semula. Selain itu buku buku politik tulisan Azizi.
Kali terakhir Azizi telefon saya beberapa bulan lalu sebelum arwah masuk ke Hospital. Dia suruh saya menulis untuk akhbar Utusan Pengguna P. Pinang dimana dia menjadi editornya. Saya mengaku, tapi malangnya saya tak berbuat apa apa lagi. Sebelum tu ada dua tiga artikel yang saya tulis dalam Utusan Pengguna tidak lama dulu.
Arwah juga pernah mengajak saya mengikutnya ke Baling, Kedah menyampaikan zakat dan bantuan kepada fakir miskin tidak lama dulu.
Disamping itu arwah juga ada menulis skrip dari cerita asal adik saya Yusof untuk dijadikan skrip Telemovie RTM dan TV3 keluaran saya dalam tahun 1988 dan 1989 iaitu Debu Debu Tanjung dan Menebus Maruah.
Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan ketika berkawan dengannya. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas ruhnya. Amin.
FAKTA: Penulis & novelis terkenal Azizi Hj Abdullah meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi 21 Ogos 2011. Allahyarham meninggal disebabkan sakit jantung setelah lebih enam bulan di rawat di hospital berkenaan. Allahyarham menjani pembedahan jantung pada bulan April yang lalu dan mengalami sedikit masalah berkaitan buah pinggang dan berada di hospital sehingga kematian beliau.
Jenazah Allahyarham dibawa ke kediamanya di Taman Bersatu berdekatan Petronas Kulim tengahari ini.
Tema penulisan Azizi berintikan agama dan rohani telah mengukir nama sebagai penulis yang berpengaruh di Malaysia. Antara karya beliau yg terkenal ialah "Seorang Tua Di kaki Gunung" yang diangkat menjadi drama TV. Banyak novel dan cerpen karya Allahyarham mendapat pengiktirafan, antaranya Anugerah SEA Write Award (1988) dari Thailand.
Allahyarham juga merupakan seorang yang cekal dalam perjuangan Islam dan adalah antara aktivis yang gigih dan cekal untuk menyatakan kebenaran terutama dalam penulisannya.
Blog Allahyarham http://aziziabdullah.blogspot.com/ kali terakhir dikemaskini pada 15 April 2011 semasa Allahyarham hendak menjalani pembedahan jantung.










