MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Ahad, April 05, 2009

Jadi Pengadil Pertandingan Nyanyian di Sungai Petani


Selama dua hari saya berada di Karnival Generasi Bebas Jenayah anjuran Majlis Belia Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Muda serta Majlis Belia Daerah (MBD) Kuala Muda bertempat di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Saya dan penyanyi RockyDin telah mengadili Pertandingan Nyanyian Karaoke yang turut diadakan di situ. Seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian dan 10 orang berjaya dipilih ke peringkat akhir yang diadakan pada sebelah petang 4hb. April 2009. Peserta-peserta yang mengambil bahagian terbuka kepada semua golongan dan lapisan umur.

Johan disandang oleh Mohd. Adib Azam dengan lagu Sampai Hati membawa pulang wang tunai RM500. Tempat ke 2 dimenangi oleh Indah Trisnawaty Mahzan dengan lagunya Kemelut Di Muara Kasih. Ke 3 pula ialah Mohd. Fadzil Haniff lagu hindi An Evening In Paris.
Gambar 1 - Pengadil - Omara, RockyDin, Amir Abd. Hamid (Jawatankuasa) dan Sabri Man (Pengacara/Jawatankuasa)
Gambar 2 - Tempat Kedua - Indah Trisnawaty Mahzan dengan lagunya Kemelut Di Muara Kasih
Gambar 3 - Johan - Mohd. Adib Azam sedang menyampaikan lagu Sampai Hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan