MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Selasa, April 14, 2009

Kali Terakhir Nasir Bersama Saya Di Majlis Tahlil Dan Kenduri Arwah P. Ramlee


Pada bulan Februari 2008, saya telah mengadakan majlis tahlil dan kenduri arwah Tan Sri P. Ramlee dan Saloma bertempat di Studio, Arkib Negara Malaysia, Negeri Pulau Pinang/Jabatan Kebudayaan Kesenian Dan Warisan Negeri Pulau Pinang.

Gambar Kanan - Pengarah Arkib Negara cawangan Pulau Pinang Mohd Nasser Malim dan Pengarah Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Negeri Pulau Pinang, Rodzuan Ismail turut bersama.

Gambar Kiri - Che Mat Tahir, Yusof M. Hashim, Nasir P. Ramlee (anak Allahyarham P.Ramlee), Pak Yob dan Mat Shah Ismail juga ada. Nasir bergurau sambil mencubit pipi Yusof yang sedang makan di atas tangga.

Rupanya inilah kali terakhir Allahyarham Nasir P. Ramlee dapat bersama-sama dengan saya dalam majlis kenduri arwah ayahandanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan