MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Ahad, April 26, 2009

Pelakon Rubiah Suparman Turut Berlakon Menebus Maruah




Sekitar tahun 1988, semasa saya, Yusof dan Kamarul menerbitkan drama tv 'MENEBUS MARUAH' skrip Azizi Hj. Abdullah, pelakon Rubiah Suparman telah kami pilih menjadi pelakon utama drama ini disamping M. Rajoli. Sebelum mengambil Rubiah kami cuba memberikan watak 'Mak Som' ini kepada pelakon Noraini Hashim di Shah Alam, tapi atas masalah kesihatan dan watak ini agak mencabar beliau menolaknya setelah melihat skrip.

Rubiah yang kami temui di Restoran Puteri miliknya yang masih ada hingga kini di Jalan Tun Sambanthan Brickfields menerima tawaran. Sepanjang seminggu lebih tempoh pengambaran, Rubiah Suparman tinggal bersama kami sekeluarga di rumah No. 1, Solok Inang, Taman Bunga Raya, Jalan Baru, Perai, Seberang Perai. Watak Rubiah ialah sebagai 'Mak Som' yang telah tua mencari suaminya 'Tok Man' yang terputus hubungan. Pengambaran dibuat di Kampung Terus, Guar Perahu, Seberang Perai. 

Antara pelakon lain yang turut berlakon ialah - Karim Latiff, Hajah Wan Chik Daud, Mahmud Samad, Kamarul Ridzwan, Yusof M. Hashim, Wahab Ishak, Tahir, Abdul Rahman dan ramai lagi. 

Rubiah Suparman merupakan seorang pelakon Singapura yang berkaliber. Pada awal 70 an beliau telah bermastautin ke Kuala Lumpur untuk meneruskan karier sebagai pelakon drama TV. Filem 'Bila Hati Telah Retak' (1983) (Anugerah Pelakon Terbaik 1983 Festival Filem Malaysia ke-4 - Kuala Lumpur.) Bintang Pujaan (1981) - Drama - Naik Tangga Turun Tangga.

Gambar Kiri: Rubiah Suparman selepas berlakon dengan mekap orang kampung wajah tua duduk kiri, Asnurrani, Azizah (isteri saya) memegang Nur Auni (anak) dan Normah (isteri Yusof). Saya berdiri di belakang. Lokasi - Rumah saya di Taman Bunga Raya, Jalan Baru, Perai, Seberang Perai.

Gambar Kanan - Rubiah dan Yusof Hashim (adik saya) sedang beraksi cemas dalam sawah ketika sebuah traktor hendak melanggarnya dan M. Rajoli membawa Rubiah naik basikal selepas pulang dari sawah.

2 ulasan:

  1. Di manakah cerita Melayu hebat seperti ini sekarang ini.....aku amat merindui nilai-nilai murni dalam dunia seni Melayu di zaman ini....Aku amat dahagakan tanah lumpurnya....Aku amat impikan budaya bangsa yang jernih jiwanya...Hadirlah dikau drama Melayu tulen di jiwa anak bangsa kembalilah dikau ke persada..............

    BalasPadam
  2. Sekitar tahun 1990,pada usia 15 tahun saya sempat menyaksikan sendiri penggambaran drama 'menebus maruah'selepas pulang dari sekolah.kebetulan rumah saya terletak tidak jauh dari kawasan penggambaran drama tersebut.Paling melucukan,saya sanggup ponteng sekolah pada hari-hari tertentu semata-mata ingin menyaksikan sendiri kerja-kerja 'shooting.'Hingga sekarang saya masih mengingati adegan-adegan utama dalam drama itu.

    BalasPadam