MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Sabtu, Julai 04, 2009

Nassier Wahab Masih Sayangkan Boria





Nassier gembira menyanyi lagu boria semula, setelah beliau dipilih oleh Jabatan Warisan Negara menjadi tukang karang boria di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sempena Majlis Penyerahan Watikah George Town Melaka diistihar sebagai Bandar Warisan Dunia pada 22 November 2008 lalu. Malam itu Nassier menjadi tukang karang kepada lebih seribu orang sailor yang terdiri dari peserta-peserta perarakan dari Pulau Pinang dan Melaka juga penari-penari Istana Budaya.

Saya telah menyediakan lagu boria ini bersama rakan saya Zulkifli Omar, dan saya sendiri menulis (lirik) rangkap karangannya untuk acara kemuncak penutup majlis yang turut dihadiri oleh tetamu-tetamu terhormat, antaranya DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Turut hadir pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abas dan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Selepas itu dalam bulan Disember 2008, saya telah menguruskan sebuah persembahan boria di Sungai Ara Pulau Pinang dan mencadangkan Nassier sebagai tukang karangnya. Setelah diberikan lagu dan rangkap karangannya, Nassier bersungguh-sungguh menghafal rangkap karangan tulisan saya ini cuma atas sesuatu sebab yang tak dapat dielakkan, beliau tidak dapat menyanyikannya di majlis tersebut.

“Saya asal orang boria, sesekali teringin nak jadi tukang karang boria semula,” kata Nassier yang tidak dapat dipisahkan antara dirinya dengan seni warisan Pulau Pinang ini. Beliau adalah rakan seni saya di Seberang Perai. Sesekali bila kebetulan ada acara kesenian dan persembahan, kami bertemu dan berbual-bual mengenai dunia hiburan dan semasa.

Nassier Wahab atau nama sebenarnya Mohd Nasir bin Abdul Wahab, seorang penyanyi, pelakon dan pencipta lagu dibesarkan di Teluk Air Tawar, Buttterworth, Pulau Pinang. Nassier mula berjinak dalam dunia seni sejak dibangku sekolah rendah lagi.Alam persekitaran di kampungnya yang mempunyai dua kumpulan kugiran iaitu "Les Pengembara" dan "Teruna Ria" banyak mempengaruhi nassier dalam dunia seni muzik.

Apabila meningkat remaja,dalam usianya 20an,minatnya semakin memuncak apabila Nassier menyertai kumpulan kesenian Bistari di kampungnya.Seterusnya Nassier menjadi penyanyi utama dan sebagai Tukang Karang Boria disamping menyertai kumpulan nasyid.

Nassier telah membawa satu era baru dalam persembahan boria dan juga kumpulan kugiran sehingga kumpulannya telah menjadi johan berturut-turut dalam setiap pertandingan yang dianjurkan sekitar tahun 1982-1984.Pada tahun 1983,

Nassier telah berjaya membawa kumpulan Boria Bistari ke peringkat akhir dalam pertandingan "Pesta Dendang Rakyat Ke-8" anjuran RTM.Sebagai tukang karang, Nassier telah mencipta sebuah lagu khusus untuk kumpulannya berjudul "Pak Pandir Moden' yang kemudian dirakamkan dalam album pertamanya.

Bakatnya mula dikesan oleh stesen radio RTM Pulau Pinang, apabila Nassier berjaya menjadi naib juara dalam Pesta Pulau Pinang 1984 dan Top Finalis dalam pertandingan Bintang Bintara pada awal tahun 1985. Nassier kemudiannya ditawarkan menjadi penyanyi undangan dalam rancangan-rancangan terbitan radio RTM Pulau Pinang bermula dari rancangan "Bakat Baru"sehinggalah ke rancangan "Temasya Ria".

Awal tahun 1985 bermulalah karier Nassier sebagai seorang recording artis apabila ditawarkan bernaung di bawah syarikat Seri Record di Pulau Pinang.Album pertamanya yang diterbitkan oleh komposer S.Atan dirakamkan di Singapura berjudul "Cinta Dan Perasaan"

Nassier muncul lagi bersama album "KOLEKSI 20 TAHUN TERUNGGUL NASSIER WAHAB" yang memuatkan sebahagian dari lagu-lagu hits popularnya seperti "Bayangan Wajah Duka","Sebuah Janji Tak Beerti","Sekali Aku Jatuh Cinta","Undangan Rindu" dan lain-lain.

Sama-sama kita nantikan Nassier Wahab menjadi tukang karang boria semula setelah begitu lama ditinggalkannya.

8 ulasan:

  1. Lama tak baca kartun Pak Kojek. dia masih berkarya ke?

    BalasPadam
  2. assalamualaikum.. terima kasih sebab sudi follow blog saya.. macam tak percaya pulak.. dan saya berharap banyak yang saya dapat pelajari dari pengalaman2 tuan..ahaii.. terujanyee.. terima kasih yaa.. selamat berkenalan.. selalu2 laa datang singgah blog eh.. hehe

    BalasPadam
  3. Insan Marhaen, Pak Kojek (Yusof) hanya sesekali berkarya. Paling terbaru dia melukis untuk Dewan Bahasa Dan Pustaka - Katun peribahasa untuk web DBP. Sekarang tak ada ruangan tetap seperti dulu lagi....

    BalasPadam
  4. eyena, Salam. terima kasih kerana mai singgah ke blog saya. blog saya ni 'blog orang lama'... semoga eyena terus berkarya dalam blog dan majujaya dalam kehidupan.

    BalasPadam
  5. lama tak dengar ttg nasier wahab ni..

    dulu2 gila kan nasier ni sbb hensem...

    BalasPadam
  6. seingat saya, sewaktu belajar di Sekolah Dato Onn B'Worth, Naseer mengajar boria juga disitu..masa tu tak terkenal sangat lagi dia..

    BalasPadam
  7. Khadijah, mengenai Nassier Wahab ajar boria tu tak tahu pulak saya. Lagipun tahun Khadijah belajar tak sama dengan saya. Khadijah terlibat dalam boria sekolah ka?

    BalasPadam
  8. tak...tapi saya memang minat boria..heheh
    masa sekolah rendah adalah masuk boria sikit2..heheh

    BalasPadam